Assalamualaikum..kawan-kawan, baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel berkenaan jalan-jalan yang membolehkan syaitan (musuh manusia yang paling ketat) menghasut manusia untuk melakukan kemaksiatan...ayuh sama-sama kita mengetahuinya;
Al-Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumuddin menjelaskan antara jalan-jalan dan ruang-ruang penyusupan syaitan di dalam hati manusia ialah:-
1. Marah
Kemarahan yang tidak dikawal akan menutupi akal yang waras dan mendedahkan diri dengan hasutan syaitan. Akal yang waras adalah sebagai benteng yang paling ampuh untuk menghadapi segala hasutan syiatan dan tipu dayanya.
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya Allah sukakan pandangan yang tajam (kritis) dalam menghadapi syubhat, di samping akal yang cerdas (sedar) dalam menghadapi halangan”.
2. Nafsu Syahwat
Nafsu syahwat yang berkaitan dengan kehendak deria dan jasad, seperti makanan, hubungan kelamin, harta benda dunia dan lain-lain.
3. Tergesa-gesa
Sifat gopoh sering menjadikan seseorang itu terjebak di dalam kesusahan dan syubhah. Sifat ini tidak cermat, tidak berhati-hati dan gelabah dapat menjerumuskan seseorang mukmin melakukan sesuatu yang diharamkan dan menjadi punca tercetusnya fitnah dan tragedi dalam kehidupan jamaah dan pergerakan. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“(Sifat) tergesa-gesa datangnya dari syaitan (manakala) cermat (berhati-hati) dari Allah Taala”.
4. Hasad Dengki
Ini adalah jalan dan senjata syaitan yang paling ampuh kerana ia memudahkan kewarasan fikiran dan kebijaksanaan. Orang yang senantiasa terkongkong dengan sifat ini terdorong untuk melakukan apa sahaja walaupun menyeleweng dan menafikan setiap potensi yang ada terhadap saudaranya yang didengki menyebabkan rosaknya ukhuwah sesame jamaah. Bahayanya hasad dengki ini sehingga Allah menurunkan satu ayat agar manusia meohon perlindungan-Nya dari hasad dengki manusia.
“ Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh,”
Al-Falaq: 1
5. Bakhil
Peluang syaitan menguasai anak Adam melalui sifat kikir dan takut papa. Sifat ini menghalang seseorang berkorban harta untuk perjuangan Islam, menghalang dari menghulurkan bantuan kepada orang lain, mengikis rasa simpati dan sifat kemanusiaan yang ada kepada seseorang. Firman Allah yang bermaksud:
“ Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia[170]. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui”.
(Al-Baqarah: 268)
6. Takbur
Susupan syaitan di dalam jiwa manusia dengan berasakan dialah yang paling hebat dan menafikan kebaikan orang lain. Sifat inilah yang menggugurkan darjat iblis.
Firman Allah S.W.T:
“Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah[36] kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”.
(Al-Baqarah: 34)
7. Buruk Sangka (Suu’zan) sesama Mukmin
Satu lagi sifat yang menjadi laluan syaitan untuk mencantas tali mahaabah dan silaturahim yang boleh meruntuhkan keutuhan jamaah menjadi punca fitnah dan penyebab tersebarnya bala bencana. Sebab itulah al-Quran melarang kita berburuk sangka melalui firman-Nya yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), Karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.
(Al-Hujurat: 12)
Setiap manusia yang hidup di atas dunia ini pastinya tidak terlepas daripada panggilan untuk menemui Allah S.W.T. Perkara yang paling merunsingkan kita umat Islam ialah panggilan tersebut datang tanpa pengetahuan kita. Oleh yang demikian, semestinya kita mempersiapkan diri kita ini dengan amal kebajikan yang banyak bukannya dengan amal kejahatan yang menggunung. Pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan sidang pembaca tentang tanda-tanda akan tibanya ajal bagi seseorang sebagaimana yang diceritakan oleh alim ulama;
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
• Merupakan tanda pertama daripada Allah S.W.T. kepada hamba-Nya dan hanya disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya.
• Semua orang Islam akan mendapat tanda ini, cuma samada sedar atau pun tidak.
• Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
• Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. (Contohnya: seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar).
• Tanda ini rasanya lazat bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
• Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
• Justeru, bagi sesiapa yang diberikan peluang untuk merasai petanda tersebut, maka siapkanlah diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati.
• Tanda ini juga berlaku selepas waktu Asar.
• Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
• Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas ’Arash Allah S.W.T.
• Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita; antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
• Sesekali malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan berasakan seakan-akan bingung seketika.
• Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari.
• Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.
Tanda 3 hari.
• Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita; iaitu di antara dahi kana dan kiri.
• Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
• Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh (hal ini akan dapat dikesan jika kita dapat melihatnya dari bahagian sisi).
• Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
• Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari.
• Akan berlaku selepas waktu Asar.
• Ketika itu kita akan berasakan satu denyutan disebelah belakang iait di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.
Tanda Akhir.
• Kita akan berasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
• Ketika itu hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri bagi menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Solat Dhuha ni ramai yang tak amalkan. Kerja lah, ada kuliah lah, tak sempat lah. macam-macam alasan. Sunat, bukan Wajib. Rasulullah amat menggalakkan solat Dhuha ni. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: " Kekasihku, Rasulullah SAW berwasiat kepadaku mengenai tiga hal :
a) agar aku berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan,
b) melakukan sholat dhuha dua raka'at dan
c) melakukan sholat witir sebelum tidur." ( H.R. Bukhari & Muslim ).
Nape solat Dhuha?
1 Ekspresi Terima Kasih atas kesihatan yang diberikan
2 Pengharapan kepada allah atas setiap perkara yang akan dilalui seharian.
3 Pelindung daripada api neraka
Solat Dhuha bolehlah dilakukan lepas je terbit/naiknya matahari. boleh buat 2,4,8,12 rakaat.
Moga solat Dhuha dapat membersihkan jiwa kita yang kotor dan mudah dipermudahkan Allah pemperoleh rezeki yang baik.

Kerana dikau istimewa. Norbaidillah. Walaupun Allah kurniakan keistimewaan buat dirinya, dia kuat hadapi segalanya. Bai ni mudah berkira. senang nak diminta tolong dan permah orangnya. seorang abang yang penyayang kepada adiknya. Tapi Bai agak nakal sikit, suka usik orang. (hehe) orangnya suka mengikuti kuliah ilmu. Aku yang sempurna pun liat nak pergi kuliah atau majlis-majlis ilmu ni. terfikir jugak, jika Allah tarik nikmat kesenangan yang ada, macam mana lah nanti. So, kena lah hargai nikmat kesihatan yang ada sekarang. Jangan perlekehkan yang 'kurang' sempurna, maybe mereka lebih baik daripada kita yang kadang2 alpa dan berbangga dengan diri se
ndiri. Teringat juga kepada Izzati (Media) yang 'blind'. sungguh tegar mencari ilmu. Fokus semasa lecture, tapi yang celik ni berlagak dan mengatakan semua ok. Tidak pernah nak menghormati majlis, ada-ada saja modal yang ingin dibincangkan. jika dapat untung kebaikan baguslah jugak. Moralnya, hargailah apa yang ada, & janganlah memperlekehkan orang lain. Jumpa lagi.kali ini aku nak cerita pasal kawan grup aku masa Kursus kepimpinan di Port Dickson. Cheng & Lee. Mula-mula memang aku bertukar muka mereka ni, tapi aku dapat beza coz sorang periang & sporting, sorang lagi agak pemalu. Apabila dalam grup, memanglah ada beberapa part mereka tak faham, tapi aku sebagai da'ie kena la pandai-pandai nak bicarakannya dan menjaga batas-batas. aku yang suka belajar Bahasa Cina walaupun asyik tak sempat pergi kelas Bahasa Cina, cuba menarik perhatian untuk berkomunikasi dengan speak Mandarin. Terlebit jugak lidah dibuatnya, tapi kenala usaha... dakwah tue... satu pakej lah sape-sape yang tahu bahasa lain... Bukan sekadar nak tengok cerita je, tapi nak bertutur dengan Non-Muslim.
Cheng & Lee ni 'terer' main volleyball. aku satu grup dgn dia xperlu banyak serve lah. lagipun bukan kemahiran aku pun. Badminton boleh la. tapi ken main jugak coz markah kumpulan. Inilah membuktikan yang Islam tak menghalang umatnya bersukan.
"Majulah Sukn untuk Islam"
Secara Ringkas Muwasafat Tarbiah…
1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
• Redha Allah sebagai Tuhan Yang Esa, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
• Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).
3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
• Akhlak Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.
4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
• Walaupun kaya, perlu bekerja.
• Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
• Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
• Menjauhi riba dalam semua lapangan.
• Menyimpan untuk waktu kesempitan.
• Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
• Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.
5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.
6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
• Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
• Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : ‘Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan’�
• Pesanan al-Banna:
‘Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan’�
7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
• Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
• Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.
8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
• Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.
9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
• Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
• Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
• Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Bahan A (Kuah)
2 ulas bawang putih
4 gelas air
3 sudu tepung jagung
Isi ayam , udang, sotong (ikut suka)
Sayur (ikut suka)
Garam (Secukup rasa)
Bahan B ( Kuey teow celup telur )
1 paket kuey teow
3 biji telur (ikut kesesuaian)
Cara - cara
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan 4 gelas air. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ayam, udang, sotong, sayur dan garam secukup rasa, biarkan sehingga masak.
4. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit sahaja dan tuangkan ke dalam kuah tadi ,
tunggu hingga kuah menjadi pekat. Siap.
5. Gaulkan kuey teow bersama telur dan gorengkan pada minyak panas.
6. Sedia untuk dimakan.
Saiz hidangan : 2-4 orang
Sumber resipi : khazanahrahsia.blogspot.com
Aku…..
Seorang gadis….
Kadang-kadang bermain dengan perasaan yang tidak ditapis
Mengikut gerak hati yang memakan jiwa dan perasaan
Memalingkan hati pada Pencipta alam
Mengaburi pandangan dengan keenakan keduniaan.
Aku impikan sebuah kebaikan
Tapi aku lalai untuk melakukan kebaikan
Aku inginkan insan yang terbaik buat diriku
Tapi aku lupa untuk menjadi yang terbaik buat insan lain
Aku….
Seorang gadis….
Kadang-kadang maruahku dipandang sinis
Hanya bermain dengan jiwa kotor yang tersisih
Dek kesibukan kedunian dan angan-angan yang berjenis-jenis
Sehingga diri leka dengan ujian yang bersilih
Adakah pintu taubat masih terbuka buat diriku…
Meleraikan segala kekusutan yang merajai hidupku
Memadamkan segala pandangan serong yang mengaburi mataku
Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu
Tetapkanlah aku pada jalanMu
Saya nak berkongsi sikit mengenai seorang sahabat saya iaitu Veena. Saya mengenalinya semasa Minggu Haluansiswa dua tahun yang lepas. Seorang yang periang dan memang kuat berpegang agama Hindu. Kawan-kawannya V,Usha, Viji turut menjadi kawan rapat saya. Kami ditakdirkan satu aras semasa di Kolej 10.
Perbezaan agama, budaya, bukanlah alasan yang menghalang persahabatan kami. Aku cuma doakan moga Allah memberi taufiq dan Hidayah untuk dia sama-sama bersamaku pada jalanNya. Veena, Luv U so much.

BAHAN:
Untuk puding:
10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila
Untuk karamel:
Gula
LANGKAH-LANGKAH:
Adunan Puding:
1. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air sebanyak lebih kurang setengah tin susu tadi.
2. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih.
Karamel:
1. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair.
2. Kacau selalu agar gula mencair dengan sekata. Tambahkan sedikit air.
3. Jika sudah pekat keperangan (berwarna ala-ala golden gitu), angkat segera. Jangan sampai hangit pula.
Kukus:
1. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut.
2. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya.
3. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus sehingga masak (lebih kurang 20-30minit).
4. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.
5. Masukkan puding ke dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan ketika sejuk.
HIDANGAN:
5-10 orang makan
SUMBER:
Diwarisi turun-temurun dari senior2 di Nizhny Novgorod State Medical Academy.







