PERSPEKTIF PUTERISHAZWANI


"Berhubunglah dengan Allah di saat senang dan susah, di saat suka dan duka, di saat dipuji dan dicerca, di saat mewah berharta dan di saat papa tanpa permata berharga"

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sedang isteri Omar bin Abdul Aziz, iaitu Fatimah sedang terlena tidur di pembaringan, terdengar suara orang sedang menangis keesak-esakan. Dia amat kenal dengan suara itu. Ia tidak lain dan tidak bukan, adalah suara suaminya yang tercinta.

Fatimah membukakan matanya, dilihat dihujung pembaringan, didapati Omar bin Abdul Aziz sedang meletakkan kedua tapak tangan pada mukanya, disamping kelihatan air mata sedang mengalir deras di pipinya.

Melihat keadaan Omar sedemikian, sebagai isteri yang baik, Fatimah menghampiri Omar.

“mengapa kekanda menangis begitu kuat sekali?” Soal Fatimah dengan lemah lembut.

“apakah kekanda menangis kerana ketidak sanggupan kekanda untuk memegang jawatan khalifah ini?” soalan kedua terpancul dari suara yang lembut Fatimah.

Omar melihat wajah isterinya. Dengan linangan air mata, dia berkata,”Ya Benar...” Omar diam sejenak, dan menundukkan mukanya ke tikar sembahyang sambil menyambung, “aku berharap agar kamu tinggalkan aku bersendirian di sini”

Fatimah diam, tetapi hatinya masih tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya yang boleh disifatkan sebagai terlalu ringkas.

“mungkin kekanda boleh menceritakan, apa sebenarnya yang sedang kekanda fikirkan?” Fatimah bersuara lembut dengan nada memujuk.

Dalam linangan air mata, sambil tertunduk muka ke tikar solat, Omar berkata, “sebenarnya, aku telah melihat pada diriku sendiri, bahawa aku telah dibebankan dengan sesuatu bebanan yang terlalu berat. Aku dibebankan dengan satu amanah untuk menjaga rakyatku yang tidak kira apa warna kulit mereka, apakah mereka miskin atau kaya. Sesungguhnya aku tidak tersanggup untuk memikul tanggungjawab ini”

Esakan tangisan Omar itu semakin deras, omar menyambung, “hanya Allah sahaja tempat aku mengadu. Aku berharap, agar Nabi Muhammad yang aku sayangi akan menjadi saksiku di akhirat nanti”, ungkapan Omar disertai dengan tangisan yang semakin lama semakin kuat kedengaran.

“aku terlalu takut jika aku tidak mampu menjawab dihadapan Allah. aku terlalu bimbang, jika Nabi Muhammad SAW tidak mahu menjadi saksi terhadap aduanku pada malam ini” sambung Omar dengan tangisan yang mengesankan jiwa orang yang mendengarnya.

Mendengar aduan Omar itu, isterinya Fatimah juga turut menitiskan air mata.

“pergilah kamu wahai Fatimah. Tinggalkan aku bersendirian disini, mengadu nasibku di hadapan Allah, tuhan yang aku rindui ini” sambung Omar ringkas.

Kaabah berbentuk Segiempat?

Posted by Generasi PMKUM 0 comments

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cuba). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah.


Ini int
ipati syarahan Ust Jamnul azhar secara ringkas:-
1. Cara makan, Kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang last tu), lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya.

Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan
kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.

Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yang diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Doktor dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan.

3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim) sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:-
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yang besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dengan air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup
air yang panas, sebabnya sama diatas.

Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati orang yang sudah berkahwin yang berzina?

Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yang dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.

Daripada Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah.

Mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cuba). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi.

Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang pemenang yang berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.

Chocolate Chip Muffin

Posted by Generasi PMKUM 0 comments

Chocolate Chip Muffin




Bahan-bahan:

250 g tepung gandum*
2 camca besar serbuk koko*
2 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bikabonat*
(bahan-bahan* disatukan dan diayak)
250 ml susu segar
90 ml minyak sayuran
1 biji telur
1 camca teh esen vanila
125 g gula halus
100 g choco cips
100 g cornflakes
p/s: kalau pakai cornflakes yg kosong blh la tamabh gula sehingga 175g

Cara-cara:
1. Susu, minyak sayuran, telur dan esen vanilla disatukan.
2. Gula dicapurkan dengan bahan2 yg diayak. Gaul hingga rata.
3. Masukkan bahan basah ke dalam tepung.
4. Cornflakes yg dihancurkan dan choco cips dimasukkan ke dalam bancuhan tadi dan digaul rati.
5. Panaskan oven pada suhu 180darjah dan bakar selama 20 minit.

Bahan-bahan boleh didapati di:
super market berhampiran

Hidangan:
4 orang

Sumber :
tiffinbiru.blogspot.com dan diubah cara sedikit

1,2,3 smile.....

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


" Mak oii... muncung... boleh diikat dengan tali...." itulah antara ekspresi muka bila tak puas hati.. marah... geram... Bermasam muka yang menjadi pilihan....

Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahajaberupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.


Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.


Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.


Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.


Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsungmerendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.


Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain dan menyejukkan hati yang sedang marah.

Senyum lah.. senyumlah hai Cek Mek molek..

Raihan - Senyum

Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat

Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Spageti

Posted by Generasi PMKUM 0 comments

Jom makan Spageti.. Nak makan, kenala masak... senang je... (maybe)

Simple Spagetti
Bahan
  • 1 peket spagetti
  • 2 tin prego (sos pasta)
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 bar ayam cincang
  • 1 biji cili benggala
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit lada putih
  • garam & gula secukup rasa

Cara-Cara

Sos
  • tumis bawang cincang
  • masuk ayam
  • masuk prego
  • masuk bahan lain.
  • gaulkan sehingga masak.

Tuangkan sos tersebut di atas spagetti yang telah dicelur.

Penulis - husna_muhadzir | Editor - Shikamaru

Ketawa

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


Aku ketawa melihat telatah Nabil dan Raja2 Lawak yang lain. Biasalah, jarang tonton TV, tonton sesuatu yang 'asing' kadang2 menghiburkan hati. kadang2 alpa sampaikan ketawa terbahak2. Apa lagi, mama pun tegurlah. Nak gelak pun janganla sampai tak ingat Akhirat.

Nabi pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh: *Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan.* Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, baginda merasakan masih kurang lagi amalan. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.


Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud; *Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.* Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Fulamak, terdiam aku. takut..

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh
Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi
tanpa bersuara kuat.

Beberapa sahabatnya pernah berkata "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Rasulullah adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain.
Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin Harits menyebut: *Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasulullah.*

Ketawa pernah disifatkan sebagai *ubat jiwa*. Tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.

Istikharah

Posted by Generasi PMKUM 0 comments

Salam.

Bertemu kembali.... banyak betul jemputan walimah yang mesti aku hadiri.. Semoga Bahagia buat sahabat2 yang baru dan bakal mendirikan Baitul Muslim. Sedikit perkongsian mengenai Istikharah. Ramai yang akn melakukan istikharah bila nak buat pilihan siapa pasangan hidup... Silap... memang silap... Istikharah dilakukan apabila kita dilema dalam mbuat keputusan setelah berusaha...

ini juga sebagai salah satu medium kita berserah , tunduk kepadaNYA. Ianya hanyalah medium perantaraan antara kita dengan Allah, sedangkan natijah yang terhasil dari istikharah itu sendiri adalah pergantungan diri kita terhadap Allah.

Isi terpenting pada istikharah adalah kepercayaan, keyakinan dan kebergantungan kita kepada Allah,itulah yang dimahukan dari istikharah. Bukanlah istikharah itu kita bergantung pada ruku’ dan sujud yang dilakukan , tetapi adalah tunduknya HATI pada segala ketentuan yang ALLAH telah aturkan.

Selain dari itu, istikharah tidak memperlihatkan masa depan kita, ianya hanyalah medium antara kita dan Allah, sebagai tanda kita betul-betul mengharapkan petunjukNYA dalam setiap perkara yang dilakukan.

Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.

Jadi, istikharahlah dalam segala urusan. Pasrah atas segalanya, Moga dipermudahkan segalanya.


Pada ruangan kali ini, penulis ingin berkongsi tentang satu petikan tazkirah yang diambil daripada Ustaz Ghani Shamsudin : Monday, 03 March 2008. Mari sama-sama kita mengambil intipati tazkirah yang disampaikan oleh bekas Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia (PUM) ini.



Salah satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ إِلَى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ تَظُنُّ أَن يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ
Pada hari akhirat kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir) serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan yang berat dan dahsyat.

Namun bagi orang yang bernasib malang mereka tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah . Golongan yang tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :
1. Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu) Allah berfirman :
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ)[ آل عمران : 77
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya
2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kasihan terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.
عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال:قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داود وصححه الألباني
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda :
“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.

3. Orang Tua yang Berzina
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda:
“Tiga orang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”
Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.

4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)
5. Orang miskin yang takabbur
6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: .. orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang bukan tangan kamu yang menciptanya.


7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
وعن أبي هريرة - رضي الله تعالى عنه - قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ( ‏ ثلاثة لا يكلمهم الله يوم القيامة، ولا ينظر إليهم، ولا يزكيهم، ولهم عذاب أليم: رجل على ‏ ‏فضل ‏ ‏ماء ‏ ‏بالفلاة، ‏ ‏يمنعه من ‏ ‏ابن السبيل، ‏‏ ورجل بايع رجلا بسلعة بعد العصر، فحلف له بالله لأخذها بكذا وكذا فصدقه، وهو على غير ذلك، ورجل بايع إماما لا يبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى، وإن لم يعطه منها لم يف ) متفق عليه.
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah bersabda
”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya, Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)
8. Penderhaka Ibu Bapa
Rasulullah bersabda:
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda:
“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth. Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii
9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المتشبهة بالرجال والديوث ) صحيح أخرجه أحمد والنسائي
10. Orang Lelaki yang Dayyuth

Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu dan marah
Apabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan bermerajalela.
11.Pengamal Budaya Kaum Luth
عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله - تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi
12. Pengamal Seks Abnormal
Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .
13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.
عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar) aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya ( kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).
Hadith di takhrijkan oleh Muslim

14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
المسبل إزاره المختال في مشيته
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap boros)

ang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان


Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: Tiga orang Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
عن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”
Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Nasasii dan di anggap sahih oleh al Albani.

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

Cari makan, mengapa kita gunakan tangan?

Mengikut cara Rasulullah S.A.W, baginda akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasulullah S.A.W akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya (yang terakhir), lalu Rasulullah S.A.W akan menghisap garam itu. Kemudian barulah baginda makan nasi dan lauknya. Mengapa? Kerana kedua-dua belah tangan kita akan mengeluarkan 3 jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit daripada yang kiri. Kerana enzim yang ada di tangan kanan merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), iaitu merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yang paling berkhasiat untuk kita. Mengapa garam? Garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan , mengikut doctor di hospital-hospital, rawatan pertama untuk keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu garam. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk yang ingin mengganggu manusia.

Cara Rasulullah S.A.W mengunyah

Rasulullah S.A.W akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan di dalam mulut betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.

Membaca Basmalah (Bismillahirrahmanirrahim)

Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah S.W.T., apabila Basmalah dibaca maka dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah S.A.W minum

Janganlah kita minum berdiri walau hukumnya makruh, tetapi makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum daripada bekas yang besar dan jangan bernafas semasa sedang minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yang besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam masa yang sama kita akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita menghembus nafas, kita akan mengeluarkan Co2, iaiti karbon dioksida yang bercampur dengan air Ho2, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka (minuman kita akan menjadi asid). Jangan meniup air yang panas, sebabnya sama di atas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas hingga habis

Justeru, ayuhlah kita mengikuti sunnah Nabi S.A.W. Sekiranya kita tidak mampu untuk mengamalkan keseluruhan sunnah Nabi S.A.W, maka amalkanlah sunnah yang paling senang ini. Semoga kita menjadi umat yang disayangi oleh Nabinya.

Hati Ibarat Cermin Pada Diri...

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


Hati diumpamakan seperti cermin dan ilmu-ilmu hakikat diumpamakan seperti gambar yang terlihat dalam cermin. Terhalang daripada melihat gambar-gambar dalam cermin adalah berpunca daripada salah satu dari lima sebab berikut:-

1. Rosaknya cermin itu iaitu kekurangan pada hati seperti anak kecil dan orang lain.
2. Cermin itu telah kotor dan berkarat iaitu kekeruhan yang berpunca daripada maksiat dan kotoran dosa yang menghitamkan hatinya.
3. Kedudukannya menyimpang dari posisi gambar iaitu hatinya menyimpang dari Tuhan (jauh daripada mengingati Allah S.W.T).
4. Wujud tabir yang menghalang antara cermin dan gambar iaitu hijab bila terdapat sisa syahwat (keinginan untuk mengikuti tuntutan nafsu syahwat melakukan zina dan seumpamanya) atau kerosakan akidah (pegangan akidah yang menyimang daripada pegangan akidah ahli Sunnah wal Jamaah).
5. Tidak tahu di mana posisi gambar itu iaitu tidak tahu ke mana arah dia menuntut ilmu. Sepatutnya seseorang mesti beriman secara menyeluruh termasuklah beriman kepada perkara ghaib (sebagaimana yang terkandung dalam rukun Iman yang enam).

(Imam Al-Ghazali)

Siapakah Syaitan????

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


Syaitan berasal dari perkataan syatana bermaksud jauh (jauh dari setiap kebaikan dengan kefasiqannya). Ia juga membawa maksud takabbur, menderhakai, dijauhkan dari Allah S.W.T. Syaitan ialah symbol sifat kejahatan dalam kalangan manusia, jin dan binatang.

Kawan-kawan nak tau tak?

Iblis (Ketua Syaitan) pernah berjanji pada Allah S.W.T. Perjanjian tersebut ialah berkenaan usaha Iblis dan konco-konconya (Syaitan) akan menggoda manusia untuk melakukan keburukan dan mengikuti jalan mereka yang jijik. Senang kata, makhluk ini adalah musuh kepada manusia, janganlah kita mudah terpedaya dengan godaan makhluk ini ye..kan Allah pernah pesan pada kita sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:

“ Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, Maka anggaplah ia musuh(mu), Karena Sesungguhnya syaitan-syaitan itu Hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala”
(Faatir: 6)

Selain itu juga, Allah juga memberi kebenaran kepada Iblis dan tenteranya dalam kalangan Syaitan untuk menyediakan pasukan untuk memerangi hamba-hamban-Nya (di sini bertujuan menguji keimanan manusia kepada Allah) Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Dan angkutlah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka”.
(Al-Isra’: 64)
Lagi satu berkenaan Syaitan yang perlu kita ketahui bersama, Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam hadisnya yang bermaksud: “ Sesungguhnya Syaitan itu meresap dalam diri anak Adam melalui perjalanan darah manusia di dalam tubuhnya”.

Baiklah kawan-kawan, inilah serba sedikit mengenai musuh ketat kita, iaitu Syaitan laknatullah. Semoga kita tidak terjerumus ke dalam perangkapnya.

DEMI MASA

ASMA' AL HUSNA

PEGANGAN

al-faqirah ilallah

Puterishazwani, Universiti Malaya Kuala Lumpur. dynamic_leader2003@yahoo.com " Mencari cinta Hakiki, mendamba Redha Ilahi".