PERSPEKTIF PUTERISHAZWANI


"Berhubunglah dengan Allah di saat senang dan susah, di saat suka dan duka, di saat dipuji dan dicerca, di saat mewah berharta dan di saat papa tanpa permata berharga"
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tanda-tanda Ajal Hampir Tiba

Posted by Generasi PMKUM

Setiap manusia yang hidup di atas dunia ini pastinya tidak terlepas daripada panggilan untuk menemui Allah S.W.T. Perkara yang paling merunsingkan kita umat Islam ialah panggilan tersebut datang tanpa pengetahuan kita. Oleh yang demikian, semestinya kita mempersiapkan diri kita ini dengan amal kebajikan yang banyak bukannya dengan amal kejahatan yang menggunung. Pada kali ini, penulis ingin berkongsi dengan sidang pembaca tentang tanda-tanda akan tibanya ajal bagi seseorang sebagaimana yang diceritakan oleh alim ulama;

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

• Merupakan tanda pertama daripada Allah S.W.T. kepada hamba-Nya dan hanya disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya.
• Semua orang Islam akan mendapat tanda ini, cuma samada sedar atau pun tidak.
• Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
• Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. (Contohnya: seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar).
• Tanda ini rasanya lazat bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
• Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.
• Justeru, bagi sesiapa yang diberikan peluang untuk merasai petanda tersebut, maka siapkanlah diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

• Tanda ini juga berlaku selepas waktu Asar.
• Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
• Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas ’Arash Allah S.W.T.
• Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita; antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
• Sesekali malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan berasakan seakan-akan bingung seketika.
• Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari.

• Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk makan.

Tanda 3 hari.

• Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita; iaitu di antara dahi kana dan kiri.
• Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
• Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh (hal ini akan dapat dikesan jika kita dapat melihatnya dari bahagian sisi).
• Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
• Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari.

• Akan berlaku selepas waktu Asar.
• Ketika itu kita akan berasakan satu denyutan disebelah belakang iait di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda Akhir.

• Kita akan berasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
• Ketika itu hendaklah kita terus mengucap dua kalimah syahadah dan berdiam diri bagi menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

0 comments

Post a Comment

DEMI MASA

ASMA' AL HUSNA

PEGANGAN


al-faqirah ilallah

Puterishazwani, Universiti Malaya Kuala Lumpur. dynamic_leader2003@yahoo.com " Mencari cinta Hakiki, mendamba Redha Ilahi".