PERSPEKTIF PUTERISHAZWANI


"Berhubunglah dengan Allah di saat senang dan susah, di saat suka dan duka, di saat dipuji dan dicerca, di saat mewah berharta dan di saat papa tanpa permata berharga"
Photobucket

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Gunung Stong

Posted by Generasi PMKUM 0 comments



Sesuatu perkara bukanlah mimpi jika ia betul direalisasikan. Pengalaman mendaki Gunung Stong memang memuaskan hati. walaupun sakit badan agak lama nak hilang, (biasa la liat bersenam), tapi ia tetap jadi memori indah. Gunung yang tertinggi di asia Tenggara (1422meter) ini terletak di Hutan Jelawang, Dabong- bersebelahan Gunung Ayam. Memang menguji mental dan fizikal. Kehidupan di dalam hutan, solat, aurat- semua perlu dijaga. Peserta daripada pelbagai 'bentuk' manusia. kenalah berhikmah cam ner nak ajak yang lain supaya solat, menjaga 'adab-adab' ketika berada di dalam hutan.
Selepas separuh perjalanan, kami berkhemah di Kem Baha. Gunung yang agak curang memerlukan ketahanan yang kuat untuk berpaut pada dahan2 pokok. Inilah lemahnya manusia, perlukan sesuatu untuk berpaut. Kuatkah pautanku pada Pencipta Gunung ini? Kesyukuran yang tidak terhingga apabila sampai Puncak Gunung Stong. Itulah realitiku. apabila turun daripada puncak, hujan lebat dan menyebabkan jalan licin. Kami menggelongsor untuk elakkan daripada terjatuh. Suasana yang masuk waktu malam memaksa kami meneruskan perjalanan dengan bantuan beberapa sinaran lampu. Ah, gelapnya hidup, masa itulah baru nak bergantung pada Allah. hinanya aku, time susah baru nak ingat Allah. Ya Allah, tetapkanlah aku pada taliMu.
Hmmm nak daki Gunung Kinabalu pulak.. Niat kena betul, nikmati ciptaan Allah. :)

Dhuha

Posted by Generasi PMKUM 0 comments

Solat Dhuha ni ramai yang tak amalkan. Kerja lah, ada kuliah lah, tak sempat lah. macam-macam alasan. Sunat, bukan Wajib. Rasulullah amat menggalakkan solat Dhuha ni. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: " Kekasihku, Rasulullah SAW berwasiat kepadaku mengenai tiga hal :
a) agar aku berpuasa sebanyak tiga hari pada setiap bulan,
b) melakukan sholat dhuha dua raka'at dan
c) melakukan sholat witir sebelum tidur." ( H.R. Bukhari & Muslim ).

Nape solat Dhuha?
1 Ekspresi Terima Kasih atas kesihatan yang diberikan
2 Pengharapan kepada allah atas setiap perkara yang akan dilalui seharian.
3 Pelindung daripada api neraka

Solat Dhuha bolehlah dilakukan lepas je terbit/naiknya matahari. boleh buat 2,4,8,12 rakaat.

Moga solat Dhuha dapat membersihkan jiwa kita yang kotor dan mudah dipermudahkan Allah pemperoleh rezeki yang baik.

Bai

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


Kerana dikau istimewa. Norbaidillah. Walaupun Allah kurniakan keistimewaan buat dirinya, dia kuat hadapi segalanya. Bai ni mudah berkira. senang nak diminta tolong dan permah orangnya. seorang abang yang penyayang kepada adiknya. Tapi Bai agak nakal sikit, suka usik orang. (hehe) orangnya suka mengikuti kuliah ilmu. Aku yang sempurna pun liat nak pergi kuliah atau majlis-majlis ilmu ni. terfikir jugak, jika Allah tarik nikmat kesenangan yang ada, macam mana lah nanti. So, kena lah hargai nikmat kesihatan yang ada sekarang. Jangan perlekehkan yang 'kurang' sempurna, maybe mereka lebih baik daripada kita yang kadang2 alpa dan berbangga dengan diri sendiri. Teringat juga kepada Izzati (Media) yang 'blind'. sungguh tegar mencari ilmu. Fokus semasa lecture, tapi yang celik ni berlagak dan mengatakan semua ok. Tidak pernah nak menghormati majlis, ada-ada saja modal yang ingin dibincangkan. jika dapat untung kebaikan baguslah jugak. Moralnya, hargailah apa yang ada, & janganlah memperlekehkan orang lain. Jumpa lagi.

Hao

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


salam,

kali ini aku nak cerita pasal kawan grup aku masa Kursus kepimpinan di Port Dickson. Cheng & Lee. Mula-mula memang aku bertukar muka mereka ni, tapi aku dapat beza coz sorang periang & sporting, sorang lagi agak pemalu. Apabila dalam grup, memanglah ada beberapa part mereka tak faham, tapi aku sebagai da'ie kena la pandai-pandai nak bicarakannya dan menjaga batas-batas. aku yang suka belajar Bahasa Cina walaupun asyik tak sempat pergi kelas Bahasa Cina, cuba menarik perhatian untuk berkomunikasi dengan speak Mandarin. Terlebit jugak lidah dibuatnya, tapi kenala usaha... dakwah tue... satu pakej lah sape-sape yang tahu bahasa lain... Bukan sekadar nak tengok cerita je, tapi nak bertutur dengan Non-Muslim.

Cheng & Lee ni 'terer' main volleyball. aku satu grup dgn dia xperlu banyak serve lah. lagipun bukan kemahiran aku pun. Badminton boleh la. tapi ken main jugak coz markah kumpulan. Inilah membuktikan yang Islam tak menghalang umatnya bersukan.
"Majulah Sukn untuk Islam"

Muwasafat Tarbiah

Posted by Generasi PMKUM 0 comments

Secara Ringkas Muwasafat Tarbiah…

1. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
• Redha Allah sebagai Tuhan Yang Esa, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
• Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
• Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
• Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
• Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
• Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

3. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
• Akhlak Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.


4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
• Walaupun kaya, perlu bekerja.
• Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
• Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
• Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
• Menjauhi riba dalam semua lapangan.
• Menyimpan untuk waktu kesempitan.
• Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
• Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Berpengetahuan luas (Mutsaqqafal Fikri)
• Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
• Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
• Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
• Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

6. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
• Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
• Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : ‘Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan’�
• Pesanan al-Banna:
‘Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan’�


7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
• Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
• Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
• Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
• Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
• Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka “..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.

9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
• Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
• Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
• Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
• Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
• Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
• Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Kuey Teow Kung Fu

Posted by Generasi PMKUM 0 comments

kuey teow



Bahan - bahan

Bahan A (Kuah)

2 ulas bawang putih
4 gelas air
3 sudu tepung jagung
Isi ayam , udang, sotong (ikut suka)
Sayur (ikut suka)
Garam (Secukup rasa)


Bahan B ( Kuey teow celup telur )

1 paket kuey teow
3 biji telur (ikut kesesuaian)


Cara - cara

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
2. Masukkan 4 gelas air. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan ayam, udang, sotong, sayur dan garam secukup rasa, biarkan sehingga masak.
4. Bancuh tepung jagung dengan air sedikit sahaja dan tuangkan ke dalam kuah tadi ,
tunggu hingga kuah menjadi pekat. Siap.
5. Gaulkan kuey teow bersama telur dan gorengkan pada minyak panas.
6. Sedia untuk dimakan.

Saiz hidangan : 2-4 orang


Sumber resipi : khazanahrahsia.blogspot.com

Gadis...

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


Aku…..

Seorang gadis….

Kadang-kadang bermain dengan perasaan yang tidak ditapis

Mengikut gerak hati yang memakan jiwa dan perasaan

Memalingkan hati pada Pencipta alam

Mengaburi pandangan dengan keenakan keduniaan.

Aku impikan sebuah kebaikan

Tapi aku lalai untuk melakukan kebaikan

Aku inginkan insan yang terbaik buat diriku

Tapi aku lupa untuk menjadi yang terbaik buat insan lain

Aku….

Seorang gadis….

Kadang-kadang maruahku dipandang sinis

Hanya bermain dengan jiwa kotor yang tersisih

Dek kesibukan kedunian dan angan-angan yang berjenis-jenis

Sehingga diri leka dengan ujian yang bersilih

Adakah pintu taubat masih terbuka buat diriku…

Meleraikan segala kekusutan yang merajai hidupku

Memadamkan segala pandangan serong yang mengaburi mataku

Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu

Tetapkanlah aku pada jalanMu

Jangan palingkan hatiku daripada pandanganMu.

Veena

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


Asslamualaikum dan salam sejahtera.

Saya nak berkongsi sikit mengenai seorang sahabat saya iaitu Veena. Saya mengenalinya semasa Minggu Haluansiswa dua tahun yang lepas. Seorang yang periang dan memang kuat berpegang agama Hindu. Kawan-kawannya V,Usha, Viji turut menjadi kawan rapat saya. Kami ditakdirkan satu aras semasa di Kolej 10.

Perbezaan agama, budaya, bukanlah alasan yang menghalang persahabatan kami. Aku cuma doakan moga Allah memberi taufiq dan Hidayah untuk dia sama-sama bersamaku pada jalanNya. Veena, Luv U so much.

Puding Karamel

Posted by Generasi PMKUM 0 comments


BAHAN:

Untuk puding:

10 biji telur
Satu tin susu pekat
Satu sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila

Untuk karamel:

Gula

LANGKAH-LANGKAH:

Adunan Puding:

1. Pukul telur, susu pekat, tepung gandum, esen vanila. Tambahkan air sebanyak lebih kurang setengah tin susu tadi.

2. Ketika memukul, jangan terlalu kembang sehingga berbuih.

Karamel:

1. Panaskan gula di dalam kuali sehingga cair.

2. Kacau selalu agar gula mencair dengan sekata. Tambahkan sedikit air.

3. Jika sudah pekat keperangan (berwarna ala-ala golden gitu), angkat segera. Jangan sampai hangit pula.

Kukus:

1. Dalam satu bekas tupperware, tuangkan sedikit karamel membentuk satu lapisan nipis di dasar bekas tersebut.

2. Tuangkan adunan puding di atas lapisan karamel itu, sehingga lebih kurang seinci tebalnya.

3. Masukkan bekas berserta adunan itu ke dalam steamer/pengukus. Kukus sehingga masak (lebih kurang 20-30minit).

4. Setelah masak, terbalikkan bekas tersebut di atas pinggan/dulang bagi mengeluarkan puding tersebut. Biarkan ia menyejuk pada suhu bilik.

5. Masukkan puding ke dalam peti sejuk. Puding sedap dimakan ketika sejuk.

HIDANGAN:
5-10 orang makan


SUMBER:

Diwarisi turun-temurun dari senior2 di Nizhny Novgorod State Medical Academy.

Salam Perkenalan

Posted by Generasi PMKUM 0 comments



Salam Perkenalan buat makhluk Allah yang diberi akal.

Perkenalan membuahkan kasih sayang, perkenalan mencambahkan buah fikiran, perkenalan menitipkan ikatan persaudaraan, perkenalan membentuk insan bergandingan.
Dengan kasih sayang hilang segala persengketaan, dengan buah fikiran mencetus kesepakatan, dengan persaudaraan menzahirkan ketulusan, apabila bergandingan, Redha Allah pasti menemani sepanjang kehidupan.

Berkasih sayang sesama insan, meski miskin hina tanpa harta keduniaan, meski kaya hilang pedoman kehidupan,
meski kosong ilmu di laman pemikiran, meski amalan tinggi menggapai awan,
kita bukanlah penghukum sesama insan, selagi berdaya serulah dengan kasih sayang Tuhan, pasti Taufiq Hidayah Allah menemani jiwa-jiwa yang mendambakan Kasih sayangNya dalam melayari bahtera Kehidupan.

Salam sayang buat insan yang mencari sinar kehidupan.

DEMI MASA

ASMA' AL HUSNA

PEGANGAN


al-faqirah ilallah

Puterishazwani, Universiti Malaya Kuala Lumpur. dynamic_leader2003@yahoo.com " Mencari cinta Hakiki, mendamba Redha Ilahi".